.alyrds
ネット上の私の物語
Tuesday, March 6, 2012
M.I.S.I : Widget
Hari ini aku menyempurnakan misi aku yakni widget misi . Haha~ sebok je nak kobakan!
Mana aku letak widget misi aku ni?? kamu carilah bahagian menu sidebar aku ni hah! selepas Chat Corner :-D . Dengan adanya widget ni, bolehlah mengingatkan aku setiapkali menjenguk blog aku ini :-)
Sumber rujukan membuat widget --> Cara Buat Wishlist by Azhunk
Monday, March 5, 2012
Melepas Lagi!!
monday blues!...
Tapi aku betul-betul blues hari ini :-| ... mana tidaknya, pengurus pasukan EPL kegemaran aku Chelsea FC yakni Andre Villas-Baos telah dipecat! oh damn!... kesian AVB, dah lah baru mengemudi pasukan the blues ni :-(. Namun inilah realiti bola sepak sekarang, pasukan tidak konsisten pengurus menjadi mangsa!...
hari ini aku nak story-kan kisah melepas aku! .. sebelum ini aku dah kisahkan kat sini --> Melepas!!! dan hari ini aku sambung lagi :-) . Al kisahnya berkenaan dengan hadiah voucer daripada kaji selidik yang aku sertai.

bukan senang aku nak dapatkannya! namun apa kan daya aku melepas lagiii!!! adoyaiiii....macam mana aku boleh melepas pula? sila lihat dengan teliti ye..

itulah kisahnya.........
Sunday, March 4, 2012
Membunuh, Terbunuh Dan Dibunuh!
Apa pun, itulah kisah penamat sebuah cerita drama ber-genre teladan. Kalau anda penonton setia cerekarama TV3 tentu boleh 'tangkap' apa yang aku ingin sampaikan di sini. Aku ini bukan layan sangat genre drama sebegini, nak buat macam mana dah majoriti penonton kat rumah ni tengok cerita ni. Jadinya aku kenalah ikut 'suara' majoriti kan. Ahaks~
Membunuh, klimaks yang pertama sebelum penamat lakonan Fizz Fairuz terhadap isteri beliau lakonan Lana Nordin, kemudian Terbunuh yang membunuh pula bila bertembung dengan kereta kenari yang dipandu oleh seorang wanita yang derhaka kepada ibunya, maaf tak ingat nama pelakon ini huhu~~. sejurus selepas keluar dari kereta untuk melihat insan yang dilanggarinya secara tidak sengaja, beliau dilanggar pula kenderaan waja dari belakang ketika tidak sempat mengawal keretanya dek memikirkan tentang maknya yang sakit tenat, maaf sekali lagi tak tahu nama pelakon BARU ini yang membawa watak sebagai seorang gigolo dan kaki hutang.
Klimaks terakhir, lelaki itu pula Dibunuh agak kejam sekali! Yakni ditembak oleh lelaki bermotosikal. Ikut firasat aku ni, lelaki yang menembak itu adalah ah long yang asalnya telah berniat membunuh lelaki berhutang tu sebelumnya tetapi diselamatkan secara tidak sengaja oleh seorang ustaz lakonan Ezany.
begitulah antara plot cerita akhir drama bertajuk 3 JUMAAT TERAKHIR.... kalau anda ingin menonton sekali lagi drama ini, sila ke laman web TV3 atau TonTon.Com.My
Akhir sekali, nikmati bunga jam 12:50 Pagi ....keke~

Thursday, March 1, 2012
Melepas!!

cantik tak gambar yang aku amik ni? Haha..tapi sayang, sepatutnya aku postkan semalam! Adeh~ melepas aku!! Tu yang aku tension ni. Dahlah semalam punya tarikh yang istimewa, aduyaiiiiiiii....
Apa pun layan dulu gambar di atas ye.
Tuesday, February 28, 2012
Widget MISI

Kabare semua? Hari ini dah hari selasa dan hari kedua terakhir bulan ini.... bulan februari pada tahun ini sedikit istimewa! Ye ke? Besok aku ceritakan keistimewaan bulan februari ni ye... hari ini aku nak story pasal tajuk entri pada hari ini.
Beberapa entri aku yang lepas aku ada membincangkan tentang misi aku. Ingat idak?..pepandai kome carik yerp.
Insyallah, untuk menunjukkan 'KPI' kepada misi aku tersebut, aku meng-inisiatif-kan diri untuk meletakkan misi-misi aku tu. Nanti aku akan letakkan pada sidebar aku ni, rupa bentuk misi aku ni samalah macam wishlist sebenarnya :-)
apa pun, selamat menghayati gambar kat atas tu yek :-)